Konsep Takaful
Takaful merupakan salah satu konsep perlindungan yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu dalam kalangan para pesertanya.
Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah S.A.W yang antaranya: -
1. Dalil Kerjasama
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah: 2)
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah: 2)
Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
2. Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman diantara mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

3. Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai keadah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
4. Memahami Kontrak Takaful
Meskipun konsep insurans dibenarkan dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konventional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) and Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

Manfaat Takaful
Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab di antara peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi pelan Takaful itu sendiri. Kedua “manfaat” daripada segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan social melalui kaedah Tabarru’. Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira bangsa dan pegangan agama mereka.
Hazimas Hamzah
AIA Public Takaful Life Planner
AIA Public Takaful Life Planner
No comments:
Post a Comment