Saturday, 2 March 2019

Polisi Takaful (Hibah)

Perasan tak, bila dengar seseorang meninggal mengejut (terutamanya bila usia muda), secara automatic kita akan bertanya:

1) Anak berapa orang?
2) Anak-anak umur berapa?
3) Isteri kerja ke?
4) Sakit apa?

Tanpa sedar kita sebenarnya tertanya-tanya macamana keluarga si mati akan teruskan kehidupan selepas kematian arwah.

Macam mana ya? Anak-anak teruskan persekolahan tanpa masalah kewangan?

Bagaimana perbelanjaan sehari-hari selepas arwah meninggal sebagai pencari nafkah keluarga?

Alangkah bersyukur selepas kita dapat jawapan di atas, ada satu ayat sambungan..…

“ Oh, ARWAH ada polisi TAKAFUL (HIBAH) RM500,000 untuk keluarga?”

Lega hati bila kita dengarkan…




Anda diluar sana perlukan rundingan secara percuma tentang AIA PUBLIC TAKAFUL segera hubungi saya.
Hazimas Hamzah
Life Planner AIA Public Takaful

Perlindungan Takaful


Ambillah skim perlindungan Takaful, Semasa diri masih sihat (sebelum sakit), sebab bila anda dah disahkan sakit anda sudah tidak layak untuk ambil takaful.
Bantuan & pertanyaan 
www.wasap.my/+60134927509
Hazimas Hamzah
AIA Public Takaful Life Planner

Fungsi Medical Card


Fungsi Medical Card lebih kurang sama seperti fire extinguisher, sangat jarang digunakan tetapi sangat penting jika berlaku kecemasan.

Jika anda ada wang dan anda mampu bayar kos rawatan sekalipun, kenapa perlu bazirkan wang sedangkan kita mampu menjadi lebih bijak dengan menyimpan sejumlah amaun je untuk mendapatkan perlindungan perubatan.

Kita perlu menjadi bijak!!

Bantuan & pertanyaan 
www.wasap.my/+60134927509
Hazimas Hamzah
AIA Public Takaful Life Planner

Kategori Hibah - AIA Public Takaful

AIA ada 2 pelan Hibah:
1. A Life Signature-i ialah pelan hibah Eksklusif
2. A Life Kasih Famili ialah pelan hibah mampu milik


A Life Kasih Famili ni bulanan tak sampai RM50. Bagi yang berumur 31 tahun, bayaran bulanan cuma RM35. Biasanya client yang ambil pelan hibah mampu milik ni buat bayaran selama setahun terus. Lebih mudah.

Andai terjadi sesuatu yang tidak diingini pada kita, waris hibah akan dapat INSTANT CASH sebanyak RM50,000. Jika tiada apa-apa, bila sampai je umur matang 70 tahun, kita boleh nikmati hasil tabungan kita selama ni. Menabung dan terjamin.

Bantuan & pertanyaan 
www.wasap.my/+60134927509
Hazimas Hamzah
AIA Public Takaful Life Planner

Kebaikan Hibah Takaful


Kebaikan Hibah Takaful: 
===================
1) 100% pampasan akan dimiliki penama.
Tidak perlu melalui pembahagian Faraid. Sesuai untuk si isteri yang bahagian pembahagian Faraid 1/8.
2) Hibah Takaful tidak boleh dicontest di Mahkamah Shariah. Akta IFSA 2013.
3) Boleh diberikan kepada anak angkat atau sesiapa saja kita mahu.
4) Proses pencairan lebih cepat dalam sebulan (dokumentasi yang sempurna).
5) Sumber penggantian gaji sementara, sebelum harta-harta lain dicairkan mengikut pembahagian Faraid.
6) Boleh disedekahkan pampasan untuk amal jariah. Rumah Anak Yatim, Rumah Tahfiz, masjid dan sebagainya.
7) Legasi untuk keluarga anda. Asset yang boleh dibentuk dengan segera apabila musibah menimpa.

Bantuan & pertanyaan 
www.wasap.my/+60134927509
Hazimas Hamzah
AIA Public Takaful Life Planner

Apa itu TAKAFUL dan HIBAH ?

Apa itu TAKAFUL dan HIBAH ?
Kebelakangan ini, kita selalu mendengar tentang insurans takaful dan juga hibah. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang tahu apa maksud kedua-dua perkara ini? Walaupun terdapatnya lebih banyak syarikat insurans yang wujud untuk memenuhi permintaan orang Islam yang memilih perlindungan insurans bukan konvensional, masih ramai lagi yang tidak tahu apa maksud dan juga perbezaan antara insurans konvensional dan takaful.

Jadi, apakah itu takaful?
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful itu sendiri membawa maksud saling menjamin. Sistem takaful berlandaskan konsep saling menjamin antara satu sama lain yang bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah: 2)”
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)”
“Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)”

Takaful yang diamalkan pada hari ini pula Takaful berbentuk perniagaan (Tijari). Syarikat-syarikat yang menawarkan pelan perlindungan takaful perlulah berlandaskan prinsip syariah iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Gharar (ketidakpastian), Maisir (perjudian) dan adanya unsur tabarru‘ (derma ikhlas untuk membantu). Perjalanan operasi syarikat juga menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” (kerjasama) dan “Wakalah” (ejensi) dan mematuhi Akta Takaful 1984.

Dalam bahasa yang lebih mudah, takaful adalah sebuah tabung dimana semua wang yang disumbangkan (didermakan) oleh pemegang polisi akan dikumpul dan kemudiannya dilaburkan pula kepada amanah saham yang patuh pada syariah. Hasil biakan jumlah wang yang dikumpul selepas dilaburkan pula akan diguna untuk membayar pampasan bila berlakunya tuntutan.

Hibah
Tahukah anda juga bahawa anda boleh menghibahkan pampasan takaful jika berlakunya kematian? Tetapi, apa pulah hibah?
Hibah dalam bahasa mudahnya ialah pemberian atau hadiah yang diberi semasa hayat pemberi atas dasar kasih sayang. Jika lebih teknikal, hibah adalah pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, ianya suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Hibah juga adalah satu amalah sunat yang digalakkan dalam Islam.

Terdapat empat (4) rukun hibah:
1. Pemberi hibah (al-wahib)
Pemberi mestilah seorang yang sempurna akal, baligh dan juga mestilah memiliki harta yang dihibahkan serta berkuasa penuh ke atas hartanya.
2. Penerima hibah (al-mawhub lahu)
Sesiapa sahaja boleh menjadi penerima, asal boleh memiliki harta. Bagi yang belum mukallaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, hendaklah ada wali atau pemegang amanah yang boleh menerima hibah untuk pihaknya.
3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub)
Halal, bernilai di sisi syarak, milik sempurna pemberi hibah, boleh diserah milik dan wujud pada masa hibah.
4. Lafaz ijab dan kabul (sighah)
Lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

Apa pula kelebihan hibah?
Apabila anda menghibahkan pampasan anda pada orang tersayang, anda dalam masa yang sama menjamin masa depan mereka. Sebarang pampasan yang anda tinggalkan akan diagihkan pada yang anda mahu mengikut kehendak anda. Ini boleh membantu menyelesaikan hutang anda yang tidak sempat diselesaikan semasa hayat. Selain itu, pampasan yang anda telah hibahkan tidak boleh dituntut oleh waris lain dan boleh mengelakkan perebutan harta yang ditinggalkan kepada anak dan/atau pasangan anda.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai hibah takaful blh terus contact saya:
AIA Public Takaful Life Planner

“KENAPA PENTING MENGURUS WANG?”


“KENAPA PENTING MENGURUS KEWANGAN?”
Perancangan kewangan bukan soal merancang untuk menjadi kaya raya atau hartawan atau jutawan. Perancangan kewangan adalah tentang mencapai matlamat kewangan dan pengurusan harta dengan baik di dunia dan akhirat.

Cuba anda google tentang piramid kewangan @ financial piramid, pasti anda akan jumpa seperti dalam gambar ini. Piramid Kewangan akan membantu anda menyusun kewangan anda menjadi lebih teratur serta lebih kurang berisiko untuk mengalami masalah kewangan.

Perlindungan sangat penting kepada individu. Antara instrumen perlindungan ialah pampasan kematian, penyakit kritikal, kemalangan, hilang upaya kekal dan kad perubatan.

Daripada piramid kewangan ini anda mampu menilai sendiri apa yang penting dalam menguruskan kewangan dengan baik.

Bantuan & pertanyaan 
www.wasap.my/+60134927509
Hazimas Hamzah
AIA Public Takaful Life Planner

Polisi Takaful (Hibah)

Perasan tak, bila dengar seseorang meninggal mengejut (terutamanya bila usia muda), secara automatic kita akan bertanya: 1)  Anak berap...